MY LOVELY HEAVEN OF HELL

MY  LOVELY HEAVEN OF HELL

Saturday, January 2, 2010

POST HARDCORE / EMOCORE

selepas band - band seperti QUICKSAND dan FUGAZI membentuk muzik post-hardcore lewat 1980'an ia berevolusi dengan beberapa band baru muncul seperti GLASSJAW, ON THE MIGHT OF PRINCES dan AT THE DRIVE-IN yang terang - terangan berinspirasi dari muzik fugazi. at the drive-in yang telahpun bermula sejak 1993 popular pada lewat 1990'an, terutama dengan rilisan major label mereka "RELATIONSHIP OF COMMAND" pada tahun 2000, tetapi sebelum itu, melalui album "IN/CASINO/OUT" pada tahun 1998 mereka telahpun membina reputasi sebagai live band yang energetik. at the drive-in juga sering diletakkan sebagai band emocore. band - band emocore lain yang berinspirasi dari RITES OF SPRING seperti SUNNY DAY REAL ESTATE muncul dengan penambahan elemen luar dari muzik hardcore seperti THE SMITH sehingga ia menghasilkan muzik emo yang popular pada dekad ini. muzik post-hardcore dan emocore di era millenium juga banyak mempengaruhi band - band yang kini diletakkan dalam kategori mathcore dan emo.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.